29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar tak teruskan sengketa demi semangat Ramadan – PMO

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak meneruskan persengketaannya dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, atas semangat Ramadan.

    Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata memaafkan itu sama sekali tidak merendahkan darjat manusia, bahkan mengangkat kedudukan hamba di sisi Tuhan.

    “Amalan berpuasa mesti menjentik dhamir (diri) manusia agar kembali kepada fitrah asal kejadian termasuk menghidupkan budaya wacana yang segar dan menolak amalan fitnah memfitnah,” katanya.

    Tunku Nashrul Abaidah

    Dia berkata demikian menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia hari ini.

    Tunku Nashrul berkata Ramadan mengajar umat Islam agar tidak mudah melempar sesuatu tuduhan kepada insan yang lain.

    Katanya perkara itu bukan sahaja menimbulkan fitnah kepada yang tertuduh, malah turut mengembalikan fitnah kepada si penuduh.

    MENARIK:  Halimah: Tak sesuai pemimpin parti Islam hadir majlis libat syarikat arak

    “Amalan jelik sebegini mesti dihentikan dan tidak dibudayakan, terutamanya dalam kalangan pejuang-pejuang Islam,” katanya.

    Kes saman difailkan perdana menteri terhadap Ahmad Amzad selesai secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam.

    Hal itu berlaku selepas kedua-dua pihak mencapai penyelesaian di luar mahkamah dan bersetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan awam.

    Saman itu berhubung kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

    Peguam SN Nair yang mewakili Anwar berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan pertikaian setelah mempertimbangkan kesan saman fitnah serta kos perundangan yang bakal ditanggung oleh mereka, memandangkan terdapat banyak isu lebih besar atau penting perlu diberikan perhatian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah