27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akmal seru solidariti buat Najib menjelang keputusan mahkamah esok

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh berkongsi poster yang menyeru penyokong bekas perdana menteri Najib Razak untuk berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok.

    “Moga Allah permudahkan segala urusan Dato Seri Najib Razak esok,” katanya di Facebook dengan tanda pagar “#solidaritinajibrazak”.

    Sementara itu, di laman Facebook Najib, yang mempunyai 4.7 juta pengikut, dikongsikan klip video Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berucap di konvensyen BN di Pahang pada Isnin dengan keterangan: “Dari akar umbi ke kepimpinan BN. Memperjuangkan keadilan untuk DSN (Najib), menanti kepulangannya."

    "Walaupun bekas pemimpin kita di penjara, tidak ada satu zarah pun dalam jiwa saya yang melupakannya," kata Zahid pada klip video itu.

    Pengerusi BN itu memberitahu mereka yang hadir bahawa dia dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail telah melihat afidavit yang "kami jadikan adendum".

    Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut kerana "komplikasi dan sensitiviti undang-undang".

    “Kita bukan hanya melakukan yang terbaik buat Najib. Kita juga bukan hanya sekadar berdoa. Tetapi kita insya-Allah, tidak akan pernah berhenti mengusahakan keadilan yang saksama diberikan kepada Najib dari segi perbicaraan, tambahan pula, apa yang disebut oleh anakanda beliau, Nizar… bahawa pendirian Umno untuk memperjuangkan nasib Najib tanpa goyah,” katanya sambil disambut tepuk tangan hadirin.

    MENARIK:  Erdogan kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Haniyeh

    Pada 3 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas perdana menteri untuk memulakan semakan kehakiman berhubung dakwaan titah adendum untuk tahanan rumah selepas memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong tuntutannya, termasuk daripada Zahid dan Wan Rosdy, adalah khabar angin.

    Mahkamah Rayuan menetapkan 5 Dis untuk mendengar rayuan Najib berhubung penolakan permohonannya.

    Bekas perdana menteri itu, yang sedang menjalani hukuman penjara enam tahun berhubung kes SRC International, mendakwa bekas Yang di-Pertuan Agong telah mengeluarkan titah adendum yang membenarkannya menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.

    Esok, mahkamah akan memutuskan sama ada Najib akan bebas atau mesti menjawab 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dalam perkara berasingan membabitkan RM2.27 bilion daripada 1MDB.

    Pada 25 Okt, Najib memohon maaf berhubung skandal 1MDB tetapi menegaskan dia tidak bersalah.

    Sebelum ini, Akmal juga telah menggesa kerajaan mengesahkan kewujudan titah adendum itu,

    Akmal juga percaya bekas perdana menteri itu akan dapat meningkatkan sokongan pengundi muda kepada Umno jika dia dibebaskan dari penjara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah